Thursday, December 1, 2011

Pembangunan jalanraya tak seiring dengan pembangunan bandar?

Bandar dah besar, kedai dah banyak, shopping complex pun dah ada, tapi jalanraya masih macam masa bandar ketika belum semaju sekarang. Kesannya? Jalanraya jadi sesak, kereta, motor, lori, bas berhimpit-himpit, jalan satu lane jadi dua lane (dua lane yang tak digazzette)... akhirnya traffic jam.

Kenapa pembangunan jalanraya terkebelakang berbanding kemajuan bandar? Kenapa tak boleh seiring? Lagi bagus, kenapa pembangunan jalanraya tak boleh mendahului pembangunan bandar? Bukan kah pihak bertanggungjawab (relevant authorities) ada master plan pembangunan bandar? Mereka dah ada maklumat dan tahu pembangunan yang bakal berlaku di bandar tersebut. Pelan perancangan pembangunan dah ada dalam tangan, tapi seolah-olah tidak digunakan sepenuhnya.
Bila bandar dah sesak, jalanraya dah "jam", barulah nampak tanda-tanda awal kerja-kerja naik taraf jalanraya, pelebaran jalanraya, penambahan lorong dan seumpamanya. Itupun bertahun menunggu, ada kala lima tahun, kadang-kadang sepuluh tahun berlalu barulah nampak tanda-tanda awal jalnaraya nak di"upgrade" Menyampaikan jalanraya baru tu siap, pemandu dah teruk mengharungi "traffic jam" Kadang-kadang aku rasa macam it is already too late, tapi... better late than never.
Implikasi terhadap ekonomi sebenarnya besar Kepada pemandu, kos bahanbakar (petrol) yang terbuang begitu sahaja akibat tersangkut dalam kesesakan boleh mencecah jutaan ringgit. Kos masa yang terbuang, kos akibat lewat ke tempat kerja, temujanji dan macam-macam kos lagi mula timbul. Opportunity cost sukar untuk dinilai atau dihitung dalam RM, tetapi jika dinilai juga, mungkin tak ternilai.
Kos pembangunan jalanraya mungkin berjuta-juta, tapi kos ekonomi secara keseluruhan mungkin lebih besar, dan mengatasi kos pembangunan jalanraya itu sendiri.
Mungkin master plan bandar boleh dilihat dan dikaji sekali lagi...

No comments:

Post a Comment