
Mungkin pihak KWSP boleh consider akaun 2 sebagai saluran pengeluaran. Tapi kalau nak wujudkan satu lagi akaun, pun boleh jugak. Makna kata, akaun 2 tu boleh diguna khusus untuk bayar duit loan rumah. Kecik tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Pokok pangkal, yang penting duit KWSP boleh dikeluarkan untuk bayar duit installment kereta.
Mungkin KWSP boleh buat garis panduan dan syarat-syarat sebelum boleh keluarkan duit KWSP untuk bayar installment kereta, Contohnya jumlah pengeluaran dibenarkan, umur minimum sebelum pengeluaran boleh dibenarkan dan perkara-perkara teknikal seperti dokumen sokongan. Tapi syarat-syarat tu janganlah strict sangat. Tapi sebenarnya mereka tak perlu diberitahu pun, mereka ada pakar-pakar kewangan dan perundangan mereka sendiri dalam menentukan garis panduan. Mereka lebih tahu apa perlu dilakukan.
Kalau betul-betul jadi kenyataan? Aku rasa ramai pencarum KWSP akan berterimakasih kepada KWSP kerana membantu hidup seharian pencarum-pencarum termasuklah aku.
No comments:
Post a Comment