Friday, January 27, 2012

Harga makanan mahal.. nak jimat? Buat sendiri jom..

Harga makanan mahal? Memang ye pun.. Boleh kata semua harga makanan dah naik. Susu, tepung, burger, sosej, coklat, gula-gula.. sebut aja la, boleh kata semua dah naik harga sekarang ni. Kalau nak makan kat luar, nasi ayam, nasi goreng usa, tom yam... ugh.. isi lauk dah tak seberapa sekarang ni, lebih layak dipanggil serpih aja. Nak makan kat McD? boleh.. tapi sesekali boleh la..

Kalau harga tak naik pun,kuantiti dikurangkan, kalau tak pun kualiti direndahkan. Nampak la macam harga tak naik, tapi sebenarnya harga naik. Dulu jual sekilo sepeket, sekarang 800gram aja sepeket. Harga kekal sama konon. Dulu lauk sepinggan penuh ayam, sekarang penuh bawang aja.. Hatta roti canai dah ada yang jual RM1.20 sekeping sekarang ni.
Alasan naikkan harga? Harga bahan mentah naik. Harga bawang, harga cili, harga ayam, semua naik. Tak boleh nak tampung lagi, terpaksa naikkan harga pada pembeli, itu kata pengusaha @ pengilang kepada pemborong kepada peruncit kepada tukang masak dan kepada pelanggan. Bangau oh bangau...
Ada cara nak tempuh zaman harga makanan mahal ni? Ada. Kita cuba buat sendiri. Kita balik pada zaman dulu-dulu. Zaman mak-mak kita, zaman atuk nenek kita buat pemakan sendiri. Minyak masak buat sendiri, buat dari buah kelapa. Cili boh giling sendiri, pokok cili tanam keliling rumah. Kuih-muih untuk sarapan buat sendiri aja. Kuih koci, karipap, pengat labu semua buat sendiri. Roti canai pun buat sendiri aja kat rumah. Bukan susah mana pun nak buat roti canai tu. Tak handal menebar? No problem, guna dulang untuk "stretch" tepung tu. Kos sekeping baru la 10 sen atau 20 sen sekeping. Kalau makan kat kedai kena la bayar RM1.00 Punya banyak dapat jimat duit.
Sebab tu la agaknya kenapa orang tua kita dulu walaupun gaji $200 sebulan, masih cukup makan, masih cukup pakai. Memang la harga barang masa tu murah. Nasi lemak baru 5 sen sebungkus. Kenapa murah? Hukum ekonomi, supply & demand. Demand kurang kerana mak-mak buat sendiri kat rumah pemakan tu. Supplier tak boleh la nak kenakan harga tinggi sebab tak der demand.
Mungkin bila kita semua start buat pemakan sendiri, kita akan dapat kembali macam zaman-zaman atuk nenek kita dulu. Harga air 5 sen segelas, nasi lemak 5 sen sebungkus. Sound revolutionery? Mungkin... tapi tak mustahil boleh berlaku.

Wednesday, December 28, 2011

Cuti sekolah hujung tahun - boleh tak diawalkan?

Pejam celik pejam celik, cuti sekolah hujung tahun dah nak habis. Minggu depan anak-anak kita akan kembali semula bersekolah. Maka bermulalah sessi persekolahan baru.
Tapi perasan tak cuti sekolah hujung tahun biasanya mesti serempak dengan musim hujan @ musim banjir. Bila hujan @ banjir, banyak aktiviti terbantut. Kadang-kadang rancangan percutian atau kerja kahwin dah dibuat berbulan-bulan awal, tapi sampai masa, plan kena potspone atau cancel, semua angkara hujan atau banjir. Kalau nak proceed jugak, boleh... tapi kenalah redah hujan atau banjir tu. Dah berapa kali kita baca kat akhbar pengantin bersanding dalam banjir? Tapi yang tak dilaporkan kat akhbar, percutian keluarga tak seperti dirancang, contohnya dah beria-ia ke Pulau Tioman, tapi terpaksa duduk memerap dalam bilik hotel kerana hujan tak berhenti.

Cuti persekolahan hujung tahun ni seolah-olah cuti musim sejuk kalau di negara Eropah. Tapi mereka tak buat cuti panjang pada musim sejuk. Mereka buat cuti panjang pada musim panas, sebab itu mereka ada istilah "summer holiday", cuti persekolahan yang ditunggu-tunggu. Musim sejuk @ winter, mereka pergi sekolah.
Kenapa kita tak buat cuti panjang persekolahan serempak dengan musim panas? Banyak aktiviti dapat dilakukan dengan lebih teratur dan sempurna ketika musim panas berbanding musim hujan @ banjir. Nak melancong, berjalan-jalan di kawasan percutian, bush-trekking, berkelah di pantai, bersukan - mudah dilakukan. Aktiviti perniagaan pun akan teransang lebih hebat dengan sendirinya. Dan yang paling penting, kepuasan yang dijana daripada percutian tersebut.
Kalau di Malaysia, biasanya antara bulan Julai hingga Oktober cuaca boleh dianggap musim panas, atau dalam kata lain, kurang hujan lebat dan kemungkinan berlaku banjir amat kurang sekali. Mungkin cuti panjang boleh ditetapkan dalam tempoh waktu ini. Mungkin cuti boleh bermula pada bulan September dan berakhir pada Oktober. Barulah boleh dipanggil "summer holiday". Kalau tidak, selama ini kita bercuti "winter holiday".
Sudah pasti sesi persekolahan akan bertukar nama, contohnya dari nama sesi persekolahan 2012 ditukar kepada sesi persekolah 2012/2013. Juga sudah pasti peperiksaan utama seperti UPSR, PMR, SPM, STPM akan perlu dianjak lebih awal. Tapi apa yang pasti, tiada lagi pelajar-pelajar mengambil peperiksaan utama dalam musim banjir. Agak kurang adil bagi pelajar-pelajar yang terpaksa mengalih tumpuan minda mereka akibat masalah banjir.  
Bagaiman dengan proses kemasukan ke IPTA / IPTS? Saya rasa pihak terlibat boleh membuat penyelarasan terhadap perubahan tersebut. No big deal. Pihak cerdik-pandai boleh buat.
Apa-apa pun, kata putus adalah di tangan Kementerian Pelajaran. Cuma yang ingin ditekankan di sini adalah faedah-faedah yang bakal diperolehi apabila cuti panjang ditetapkan pada musim panas. Faedah dari sudut "self-satisfaction" dan ekonomi adalah dua sudut yang disentuh. Moga cuti sekolah akan jadi lebih bermakna selepas ini.