Sunday, June 26, 2011

Jalan raya di Malaysia - KEEP LEFT AND YOU ARE ALWAYS RIGHT

Konsep "KEEP LEFT AND YOU ARE ALWAYS RIGHT" ini diperkenalkan kepada aku ketika aku menuntut di Perth, Australia oleh seorang pegawai polis trafik yang datang ke kolej pengajian aku sempena minggu orientasi. Maksud konsep ini adalah pemandu hanya perlu tetap kekal di lorong kiri dari point A dalam usaha untuk sampai ke point B tanpa perlu menukar lorong disepanjang perjalanan. Pemandu akhirnya tetap akan sampai ke point B.

Tetapi malangnya jalanraya di negara kita tidak menggalakkan kita kekal di satu lorong sahaja, atau menggunakan frasa lain, kekal di lorong kiri. Pemandu terpaksa menukar lorong beberapa kali untuk sampai ke destinasi dituju, sekejap ke lorong kiri dan sekejap ke lorong kanan. Mengekalkan pemanduan dilorong kiri sahaja boleh membawa padah tidak diingini. Banyak kali aku terkena, aku cuba kekalkan pemanduan di lorong kiri, tiba-tiba lorong tersebut tamat, i.e. samada akau terpaksa menukar ke lorong kanan untuk sampai ke destinasi atau masuk ke simpang kiri. Lihat sahaja jalan dari Ampang Point menuju ke Bukit Belachan, selepas traffic light Ampang Point, cubalah kekal di lorong kiri, selepas kira-kira beberapa ratus meter, anda akan terpaksa masuk ke kawasan flat Taman Dato' Ahmad Razali. Jika mahu meneruskan perjalanan ke Bukit Belachan, tukarlah ke lorong kanan. Lebih teruk lagi, pemanduan di lorong kanan akan menyebabkan anda wajib ke kanan sebaik tiba di lampu isyarat.

Aku rasa pihak berkuasa patut mengaplikasi konsep "KEEP LEFT AND YOU ARE ALAYS RIGHT" dalam sistem jalanraya kita. Berikan satu rasa keyakinan / konfiden kepada pemandu bahawa berada di lorong kiri adalah cara termudah untuk sampai ke sesuatu destinasi.