Beberapa hari lalu Menteri Kesihatan kita menyatakan kebimbangan beliau terhadap masalah obesiti di kalangan pelajar sekolah. Satu mesyuarat telah diadakan antara Kementerian Kesihatan dan pengusaha-pengusaha makanan. Antara perkara yang dipersetujui adalah kandungan gula dalam makanan akan dikurangkan. Okey, satu keputusan yang bagus, tapi itu usaha dari sudut pemakanan. Bagaimana pula dengan tuan punya badan, iaitu pelajar-pelajar sekolah itu sendiri?

Ibubapa patut menggalakkan anak-anak mereka bermain, kalau boleh, ibubapa pun main jugak, sebab ibu bapa pun tak kurang jugak yamg obes. Janganlah terlalu menekan anak-anak untuk mencapai "straight A's" dalam exam. Jangan tak percaya, ada ibubapa yang kecewa bila result anak ada "B". Anak-anak siang malam dikerah mengadap buku. Siang pergi sekolah, malam pergi tusyen. Ada tu, budak tu baru aja sekolah tadika, dah hantar tusyen. Bila masa la budak tu dapat bermain? Bila masa la budak tu dapat berehat... Time tidur? Tidur pun tak berapa nak lena asyik memikirkan homework dan kerja tusyen yang nak kena buat.

Pengamatan saya mendapati anak-anak yang banyak bermain lebih petah berkomunikasi, baik sesama mereka mahupun dengan orang dewasa. Yakin diri juga lebih baik. Dan badan pun lebih sihat. Itu semua bila dibandingkan dengan anak-anak yang lebih banyak memerap bermain game komputer.
Sebenarnya, tidak rugi bermain, untung lagi ada la...
No comments:
Post a Comment