Sunday, December 4, 2011

Kenapa la warna duit RM1 dekat sama aja dengan duit RM50 ?

"Pakcik, ni duit singgit pakcik" kata budak gerai kat pasar malam kat aku. Terkejut besar aku. Perasan aku, aku bayar pakai duit 50, rupa-rupanya duit singgit. Cepat-cepat aku buka balik wallet aku dan bagi kat budak tadi duit 50. Berulang kali aku minta maaf kat budak tadi kerana aku tak mahu dia menyangka aku nak menipu dia. Ye la, nilai singgit dengan 50 kan banyak beza. Barang yang aku nak beli tu pun dekat RM30 jugak. Kalau dia tak perasan aku bayar guna duit singgit, rugi besar dia. Budak gerai pasar malam tu senyum aja, tapi sempat juga beritahu aku "Ala.. biasa la pakcik orang tersilap duit singgit dengan 50..." Mungkin kerana dia terperasan muka aku dah merah.

Kenapa la warna duit RM1 dekat sama aja dengan duit RM50? Tak boleh ke pilih warna yang lain selain dari kebiru-biruan? Buat orang keliru aja. Ada banyak lagi warna boleh dipilih. Warna oren, magenta atau pink mungkin boleh dipertimbangkan, senang nak nampak, senang nak bezakan.

Bak kata pepatah Melayu "sekilas ikan di air sudah ku kenal jantan betina". Begitu juga dengan duit kertas, sepatutnya sekali pandang aja dah tahu duit tu duit singgit ke, lima ringgit ke, sepuluh ringgit ke, lima puluh ke, atau seratus. Paling senang nak cam, duit sepuluh ringgit, merah menyala. Duit lima ringgit pun senang nak cam, warna hijau dan dibuat dari "plastik".

Duit syling senang nak cam. Raba-raba aja dah tahu, lima sen ke, sepuluh sen ke, dua puluh sen ke, lima puluh sen ke. Sebab? Sebab saiz dan ketebalan syiling yang ketara berbeza.

Kalau warna duit singgit tu tukar ke warna oren pun ok jugak rasanya.

No comments:

Post a Comment