Wednesday, December 28, 2011

Cuti sekolah hujung tahun - boleh tak diawalkan?

Pejam celik pejam celik, cuti sekolah hujung tahun dah nak habis. Minggu depan anak-anak kita akan kembali semula bersekolah. Maka bermulalah sessi persekolahan baru.
Tapi perasan tak cuti sekolah hujung tahun biasanya mesti serempak dengan musim hujan @ musim banjir. Bila hujan @ banjir, banyak aktiviti terbantut. Kadang-kadang rancangan percutian atau kerja kahwin dah dibuat berbulan-bulan awal, tapi sampai masa, plan kena potspone atau cancel, semua angkara hujan atau banjir. Kalau nak proceed jugak, boleh... tapi kenalah redah hujan atau banjir tu. Dah berapa kali kita baca kat akhbar pengantin bersanding dalam banjir? Tapi yang tak dilaporkan kat akhbar, percutian keluarga tak seperti dirancang, contohnya dah beria-ia ke Pulau Tioman, tapi terpaksa duduk memerap dalam bilik hotel kerana hujan tak berhenti.

Cuti persekolahan hujung tahun ni seolah-olah cuti musim sejuk kalau di negara Eropah. Tapi mereka tak buat cuti panjang pada musim sejuk. Mereka buat cuti panjang pada musim panas, sebab itu mereka ada istilah "summer holiday", cuti persekolahan yang ditunggu-tunggu. Musim sejuk @ winter, mereka pergi sekolah.
Kenapa kita tak buat cuti panjang persekolahan serempak dengan musim panas? Banyak aktiviti dapat dilakukan dengan lebih teratur dan sempurna ketika musim panas berbanding musim hujan @ banjir. Nak melancong, berjalan-jalan di kawasan percutian, bush-trekking, berkelah di pantai, bersukan - mudah dilakukan. Aktiviti perniagaan pun akan teransang lebih hebat dengan sendirinya. Dan yang paling penting, kepuasan yang dijana daripada percutian tersebut.
Kalau di Malaysia, biasanya antara bulan Julai hingga Oktober cuaca boleh dianggap musim panas, atau dalam kata lain, kurang hujan lebat dan kemungkinan berlaku banjir amat kurang sekali. Mungkin cuti panjang boleh ditetapkan dalam tempoh waktu ini. Mungkin cuti boleh bermula pada bulan September dan berakhir pada Oktober. Barulah boleh dipanggil "summer holiday". Kalau tidak, selama ini kita bercuti "winter holiday".
Sudah pasti sesi persekolahan akan bertukar nama, contohnya dari nama sesi persekolahan 2012 ditukar kepada sesi persekolah 2012/2013. Juga sudah pasti peperiksaan utama seperti UPSR, PMR, SPM, STPM akan perlu dianjak lebih awal. Tapi apa yang pasti, tiada lagi pelajar-pelajar mengambil peperiksaan utama dalam musim banjir. Agak kurang adil bagi pelajar-pelajar yang terpaksa mengalih tumpuan minda mereka akibat masalah banjir.  
Bagaiman dengan proses kemasukan ke IPTA / IPTS? Saya rasa pihak terlibat boleh membuat penyelarasan terhadap perubahan tersebut. No big deal. Pihak cerdik-pandai boleh buat.
Apa-apa pun, kata putus adalah di tangan Kementerian Pelajaran. Cuma yang ingin ditekankan di sini adalah faedah-faedah yang bakal diperolehi apabila cuti panjang ditetapkan pada musim panas. Faedah dari sudut "self-satisfaction" dan ekonomi adalah dua sudut yang disentuh. Moga cuti sekolah akan jadi lebih bermakna selepas ini.

No comments:

Post a Comment