Wednesday, December 21, 2011

Obesiti di kalangan pelajar sekolah - suruh mereka bermain

Beberapa hari lalu Menteri Kesihatan kita menyatakan kebimbangan beliau terhadap masalah obesiti di kalangan pelajar sekolah. Satu mesyuarat telah diadakan antara Kementerian Kesihatan dan pengusaha-pengusaha makanan. Antara perkara yang dipersetujui adalah kandungan gula dalam makanan akan dikurangkan. Okey, satu keputusan yang bagus, tapi itu usaha dari sudut pemakanan. Bagaimana pula dengan tuan punya badan, iaitu pelajar-pelajar sekolah itu sendiri? 

Apa yang perlu dibuat? Kita suruh mereka bermain, main sampai peluh menyimbah-nyimbah. Biar pecah lemak yang berkumpul tu. Bak kata kawan saya, "boleh nampak lemak seketul jatuh dari budak tu". Lagi pun mereka tu masih lagi di zaman kanak-kanak atau awal remaja, memang patut pun banyak bermain. Rugi kalau zaman kanak-kanak tidak dihiasi dengan keseronokan bermain.
Ibubapa patut menggalakkan anak-anak mereka bermain, kalau boleh, ibubapa pun main jugak, sebab ibu bapa pun tak kurang jugak yamg obes. Janganlah terlalu menekan anak-anak untuk mencapai "straight A's" dalam exam. Jangan tak percaya, ada ibubapa yang kecewa bila result anak ada "B". Anak-anak siang malam dikerah mengadap buku. Siang pergi sekolah, malam pergi tusyen. Ada tu, budak tu baru aja sekolah tadika, dah hantar tusyen. Bila masa la budak tu dapat bermain? Bila masa la budak tu dapat berehat... Time tidur? Tidur pun tak berapa nak lena asyik memikirkan homework dan kerja tusyen yang nak kena buat.
Beri ruang waktu untuk anak-anak bermain. Kalau boleh hari-hari mereka dapat keluar bermain, walaupun pada hari persekolahan. Main kejar-kejar, main baling selipar, main bola, main badminton, apa-apa saja asalkan berpeluh. Jangan merungut tentang baju anak-anak busuk dan kotor kerana bermain. Kita lebih sepatutnya merungut kalau anak obes.
Pengamatan saya mendapati anak-anak yang banyak bermain lebih petah berkomunikasi, baik sesama mereka mahupun dengan orang dewasa. Yakin diri juga lebih baik. Dan badan pun lebih sihat. Itu semua bila dibandingkan dengan anak-anak yang lebih banyak memerap bermain game komputer.
Sebenarnya, tidak rugi bermain, untung lagi ada la...




Tuesday, December 13, 2011

Kan seronok kalau duit KWSP boleh buat bayar duit kereta?

Camner? Seronok tak kalau caruman KWSP boleh dikeluarkan untuk bayar installment kereta?  Untuk aku, memang seronok. Ye ler, umur dah dekat 50 tahun, bukan lama lagipun hidup kat atas muka bumi ni. Purata jangka hayat orang Melayu cuma dalam sekitar 60 hingga 65 tahun aja. Tinggal berapa tahun aja lagi.

Bukan apa, kalau dapat keluarkan duit KWSP tu, dapatlah bantu lunaskan beban kewangan bulanan. Hidup ni penuh dengan bil, macam-macam bil ada, bil elektrik, bil air, bil telefon, bil handphone, bil internet, bil maintenance kereta, itu tak termasuk duit parking, duit saman trafik, duit petrol, duit tol, duit sekolah anak-anak dan macam-macam lagi. Dah settle bil-bil dan segala macam tuntutan tu, barulah boleh kira duit untuk makan minum.  

Mungkin pihak KWSP boleh consider akaun 2 sebagai saluran pengeluaran. Tapi kalau nak wujudkan satu lagi akaun, pun boleh jugak. Makna kata, akaun 2 tu boleh diguna khusus untuk bayar duit loan rumah. Kecik tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Pokok pangkal, yang penting duit KWSP boleh dikeluarkan untuk bayar duit installment kereta.

Mungkin KWSP boleh buat garis panduan dan syarat-syarat sebelum boleh keluarkan duit KWSP untuk bayar installment kereta, Contohnya jumlah pengeluaran dibenarkan, umur minimum sebelum pengeluaran boleh dibenarkan dan perkara-perkara teknikal seperti dokumen sokongan. Tapi syarat-syarat tu janganlah strict sangat. Tapi sebenarnya mereka tak perlu diberitahu pun, mereka ada pakar-pakar kewangan dan perundangan mereka sendiri dalam menentukan garis panduan. Mereka lebih tahu apa perlu dilakukan.

Kalau betul-betul jadi kenyataan? Aku rasa ramai pencarum KWSP akan berterimakasih kepada KWSP kerana membantu hidup seharian pencarum-pencarum termasuklah aku.