Sebagai pemandu, mungkin anda terperasan ada sekurang-kurangnya dua jenis sistem lampu isyarat di negara kita. Sistem yang pertama adalah di mana lampu hijau akan bertukar ke kuning dan kemudian bertukar ke merah. Sistem ini amat biasa kita tempuhi. Tetapi sistem yang kedua berbeza. Lampu isyarat tetap bertukar dari hijau ke kuning dan kemudian ke merah. Tetapi sebelum bertukar dari hijau ke kuning, lampu isyarat hijau akan berkelip-kelip selama beberapa saat sebelum bertukar ke kuning. Inilah yang membezakan sistem pertama dan kedua. Inilah yang meyebabkan saya menulis.
Pada pandangan saya, sistem yang kedua hanya menimbulkan satu perasaan "anxiety", resah dan meningkatkan tahap "andrenalin" dalam tubuh saya. Degup jantung saya akan bergerak lebih kencang sebaik ternampak lampu hijau berkelip-kelip.Wujud tekanan perasaan untuk menekan minyak supaya segera melepasi lampu isyarat tersebut. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku (unnecessary). Adalah penting melintasi lampu isyarat dalam keadaan tenang dan waras bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku. Sistem lampu isyarat sepatutnya membantu pemandu di sini.
Mengapa wujud dua sistem lampu isyarat? Perlukah? Mengapa tidak kekalkan penggunaan sistem pertama sahaja di seluruh negara? Biarlah pemandu kekal biasa dengan satu sistem sahaja.
Jika ingin diwujudkan juga sistem kedua, pada pandangan saya, lampu isyarat kuning yang seharusnya berkelip-kelip beberapa saat sebelum bertukar ke lampu merah. Biarlah pemandu diberi masa dan peluang sepenuhnya sepanjang lampu hijau untuk melepasi persimpangan lampu isyarat tersebut. Sebaik sahaja lampu kuning berkelip-kelip, bererti pemandu telah diberi amaran awal bahawa lampu isyarat akan bertukar ke merah dan mesti bersedia untuk berhenti. Berbeza dengan lampu hijau yang berkelip-kelip sebelum bertukar ke kuning, pemandu mungkin akan lebih kuat menekan minyak kerana tidak mahu berhenti!
No comments:
Post a Comment