Harga makanan mahal? Memang ye pun.. Boleh kata semua harga makanan dah naik. Susu, tepung, burger, sosej, coklat, gula-gula.. sebut aja la, boleh kata semua dah naik harga sekarang ni. Kalau nak makan kat luar, nasi ayam, nasi goreng usa, tom yam... ugh.. isi lauk dah tak seberapa sekarang ni, lebih layak dipanggil serpih aja. Nak makan kat McD? boleh.. tapi sesekali boleh la..

Ada cara nak tempuh zaman harga makanan mahal ni? Ada. Kita cuba buat sendiri. Kita balik pada zaman dulu-dulu. Zaman mak-mak kita, zaman atuk nenek kita buat pemakan sendiri. Minyak masak buat sendiri, buat dari buah kelapa. Cili boh giling sendiri, pokok cili tanam keliling rumah. Kuih-muih untuk sarapan buat sendiri aja. Kuih koci, karipap, pengat labu semua buat sendiri. Roti canai pun buat sendiri aja kat rumah. Bukan susah mana pun nak buat roti canai tu. Tak handal menebar? No problem, guna dulang untuk "stretch" tepung tu. Kos sekeping baru la 10 sen atau 20 sen sekeping. Kalau makan kat kedai kena la bayar RM1.00 Punya banyak dapat jimat duit.
Sebab tu la agaknya kenapa orang tua kita dulu walaupun gaji $200 sebulan, masih cukup makan, masih cukup pakai. Memang la harga barang masa tu murah. Nasi lemak baru 5 sen sebungkus. Kenapa murah? Hukum ekonomi, supply & demand. Demand kurang kerana mak-mak buat sendiri kat rumah pemakan tu. Supplier tak boleh la nak kenakan harga tinggi sebab tak der demand.
Mungkin bila kita semua start buat pemakan sendiri, kita akan dapat kembali macam zaman-zaman atuk nenek kita dulu. Harga air 5 sen segelas, nasi lemak 5 sen sebungkus. Sound revolutionery? Mungkin... tapi tak mustahil boleh berlaku.